Gianluca Pagliuca

Gianluca Pagliuca (lahir 18 Disember 1966) merupakan pemain bola sepak Itali bersara yang bermain di posisi penjaga gol. Berdasarkan kerjayanya, belaiu telah bermain untuk kelab Sampdoria, Inter, Bologna, and Ascoli di Itali dengan memenangi beberapa kejuaraan domestik dan antarabangsa. Di peringkat antarabangsa, beliau telah mewakili skuad Itali ke perlawanan akhir Piala Dunia FIFA 1994.